• 190918.jpg
  • design-4.png

 

LATAR BELAKANG PUSAT PEMBANGUNAN PERUSAHAAN DAN TEKNOUSAHAWANAN (CREATE)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan Penstrukturan dan Pengorganisasian semula Universiti melalui Pekeliling Pentadbiran Bil 29/2014 berkuatkuasa pada 16 Oktober 2014.Melalui Penstrukturan dan Pengorganisasian tersebut, Pusat Pembangunan Perusahaan & Teknousahawanan (CREATE) telah ditubuhkan dan ditempatkan dibawah pentadbiran Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) PNC-JIM. Walaubagaimanapun, berkuatkuasa pada 01 Disember 2015, Pusat Pembangunan Perusahaan & Teknousahawanan (CREATE) telah dinaiktarafkan sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) di UTeM. PPK ditubuhkan khusus buat pelajar-pelajar di universiti ini dalam merealisasikan impian mereka dalam menjadi usahawan yang berjaya. Fokus utamanya adalah membimbing serta melahirkan usahawan yang terdiri daripada pelbagai bidang seperti bidang kejuruteraan, pengkomputeran, pengurusan dan sebagainya. Ini seiring dengan kehendak pasaran yang begitu tinggi permintaannya terhadap pelbagai jenis barangan yang berinovasi khususnya barangan yang berteknologi tinggi.

 

TEAM USAHAWAN UTeM

 

Sekitar Ogos 2014, peneraju utama PPK iaitu Prof. Dr. Salleh bin Yahya telah menubuhkan satu ikon baru yang diberi nama TEAM USAHAWAN UTeM. Team Usahawan UTeM ini adalah satu kumpulan penggerak yang telah diciptakan khas dalam menghimpun pelajar-pelajar yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam bidang keusahawanan. TU merupakan satu kumpulan penggerak keusahawanan dibawah CREATE yang bertindak sebagai penggerak kepada aktiviti-aktiviti keusahawanan di CREATE UTeM. Pelajar-pelajar yang menyertai TU ini menikmati pelbagai program keusahawanan dan pendedahan serta pengalaman dalam menjadi usahawan mahasiswa atau mahasiswi yang berjaya secara PERCUMA!. Pada tahun 2017, Team Usahawan telah ditukar ganti kepada Create Buddies dan masih menjalankan gerak kerja sebagaimana TU terdahulu.

   

           LOGO ASAL TEAM USAHAWAN

logo lama ppk

 

     

       LOGO TERKINI

 

 

Khamis, 23 Mei 2019
1432019
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Kesuluruhan
2462
2900
11142
1400573
63367
86925
1432019